Monday, March 29, 2010

Tahniah kepada peserta MTQ Zon Semerah yang telah berjaya.

Tempat keempat
Tempat Ketiga bagi acara kuiz.
Tempat keempat bagi acara bercerita
Naib johan bagi acara Hafazan Al-Quran
Tahniah kepada Adik Ummi Norjannah telah mendapat johan dalam pertandingan tilawah Al-Quran peringkat Zon semerah.

Pertandingan Sepanduk Sempena Sambutan Maulidir Rasul Sk Peserai

Tempat Kelima.
Tempat Keempat
Tempat Ketiga.
Naib Johan.

Johan pertandingan sepanduk sempena Sambutan Maulidur Rasul SK Peserai tahun 2010
Tahniah!!!

Monday, March 8, 2010

Sambutan Maulidurasul SK Peserai 2010






Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana berjaya mengadakan pertandingan spanduk di peringkat sekolah buat julung kalinya . Sambutan yang menggalakkan dari murid - murid yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Peserai yang terlibat secara langsung atau pun tidak untuk menjayakan Majlis Maulidurasul yang telah diadakan.

PKSR Bahasa Arab 2010

PKSR bahasa Arab sering dipandang remeh oleh kebanyakan guru-guru bahasa Arab itu sendiri khasnya guru-guru bahasa Arab di bawah program j-QAF sejak hampir 5 tahun yang lalu. Ramai yang tidak menyedari bahawa ujian penilaian kendalian sekolah rendah atau lebih dikenali dengan PKSR itu adalah sesuatu yang wajib dan mesti dilaksanakan oleh setiap guru mata pelajaran tersebut.

Memandangkan mata pelajaran bahasa Arab ini merupakan mata pelajaran bahasa asing yang baru diperkenalkan di sekolah rendah, kemahiran asas bahasa tersebut perlu diberi penekanan. Seperti yang sedia maklum, kemahiran mendengar diikuti dengan bertutur, membaca dan menulis adalah empat kemahiran yang perlu sentiasa diperhatikan dan diuji oleh guru mata pelajaran tersebut dari masa ke semasa. Sekiranya PKSR tidak pernah dijalankan melainkan ujian-ujian formatif/peperiksaan yang berbentuk ujian bertulis, maka tidak pernah berlaku jugalah apa-apa penilaian terhadap kemahiran MENDENGAR dan BERTUTUR selain membaca dan menulis yang diuji dalam ujian berbentuk formatif/peperiksaan tersebut.

Alasan pelaksanaannya yang membebankan bukan lagi sesuatu yang asing bagi kita. Rata-rata guru bahasa Arab hatta jurulatih utama (JLU) mata pelajaran ini sendiri pun tidak mampu melaksanakan PKSR seperti yang dituntut di dalam buku panduan pelaksanaan j-QAF oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Jawapan yang biasa kedengaran adalan kekangan masa dengan jumlah murid yang ramai dalam sesebuah kelas. Sememangnya itulah realiti yang terjadi di sekolah. Pelaksanaan PKSR yang tercatat di dalam buku panduan tersebut hanya indah pada teorinya sahaja. Pelaksanaannya tidak pernah menjadi realiti yang menepati panduan tersebut oleh ramai guru-guru bahasa Arab j-QAF di seluruh Malaysia.

Banyak percubaan daripada JLU-JLU dan ahli pemikir akedemik untuk menyelesaikan masalah pelaksanaan PKSR ini. Negeri Johor juga tidak terkecuali dengan percubaan berbentuk alternatif bagi melaksanakan PKSR ini dengan telus dan berkesan. Namun masih terdapat banyak lagi kelemahan dan kekosongan yang masih tidak dapat dielakkan dari melaksanakan PKSR ini dengan telus dan berkesan.

Satu jawatankuasa PKSR Bahasa Arab j-QAF peringkat kebangsaan telah dibentuk di Bahagian Pembangunan Kurikulum (BPK) Kementerian Pelajaran Malaysia. Saya juga telah dilantik menjadi setiausahanya. 20hb Oktober ini satu lagi mesyuarat akan diadakan di Kuala Lumpur selama 3 hari bersama BPK, bagi menyambung lagi perbincangan berkenaan pelaksanaan PKSR ini. Namun sebenarnya sejak Julai yang lalu lagi saya dan beberapa orang JLU dan pensyarah yang berkenaan telah dipanggil bermesyuarat di BPK untuk mengubah dasar pelaksanaan PKSR ini. Beberapa siri pertemuan dan mesyuarat telah diadakan untuk mendapat kata putus bagi menyelesaikan masalah ini. Akhirnya, setakat ini satu kata putus diperingkat jawatankuasa kecil telah pun disepakati seperti berikut bagi tujuan pelaksanaan PKSR tahun 2010 ;

- PKSR dijalankan hanya 4 kali setahun sahaja.
+ MAC - PKSR 1 (bab 1 - 3)
+ MEI - PKSR 2 (bab 4 & 5)
+ JULAI - PKSR 3 (bab 6 & 7)
+ OKTOBER - PKSR 4 (bab 8 - 10)

- Setiap PKSR mengandungi 50 markah
- Markah PKSR 1 dan 2 akan dicampur untuk mendapatkan 100% markah dan seterusnya menjadi markah peperiksaan pertengahan tahun. Begitu juga dengan markah PKSR 3 & 4 akan dicampur dan akan menjadi markah peperiksaan akhir tahun.

- Setiap PKSR mengandungi 2 kertas
+ Kertas 1 - ujian lisan (20 markah)
+ Kertas 2 - ujian penulisan (30 markah)

- Ujian lisan menguji kemahiran ;
+ mendengar
+ bertutur
+ membaca
- Manakala ujian penulisan pula mengandungi ujian kemahiran ;
+ membaca
+ dan menulis sahaja.

Mudah-mudahan dengan perubahan yang berlaku ini akan membolehkan ujian PKSR bahasa Arab ini menjadi satu ujian yang telus dari segi pemarkahan dan apa yang penting memberi kesan yang positif terhadap pembelajaran murid-murid di sekolah terhadap mata pelajaran ini dari masa ke semasa.

p/s : Apapun untuk akhir tahun ni, kita kena selesaikan dahulu ujian PKSR cara lama. Tahap 1, gunakan markah PKSR bulan 6 - 10 untuk dijadikan markah peperiksaan akhir tahun dan ditulis dalam buku rekod pelaporan pencapaian murid sebagai makluman ibu bapa. Manakala tahap 2, gunakan kertas soalan PKSR yang dibekalkan oleh BPI bagi tahun 4 dan BPK bagi tahun 5 seperti yang terdapat di dalam cd e-Pelaporan 2009 yang lalu. Selamat menjalankan tugas!

Pendapat

Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka. Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini. Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan. Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal. Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam. Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang. Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah. Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan. Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya. Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya. Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.